Wednesday, October 26, 2011

Busy tapi nak tulis jugak.

Haii..

Mood menulis berkobar2 tapi masa nan ado..
Esok aku sefamili & BFFs akan ke Cameronnnn..weehuuuuu...agak2 ape reaksi Edel ye..mesti kepociii dia cite kat nenek & Pak usu dia bila balk nanti.
Semoga perjalanan kami semua dipermudahkan pergi & pulang.Aminnnn..
Risau jugak musim hujan ni..

Nanti balik ku update dgn gegambar coti ni..sekali pic n story masa OctTwtFest..insyaAllah..

Ok dah2 letteww lien..g packing cepat.

Okbai.

Friday, October 21, 2011

OctTwtFest

Esok October Tweet Fest akan diadakan di 

DiGi Telecommunications Sdn Bhd, 
DiGi HQ
Lot 10, Jalan Delima 1/1
Subang Hi-Tech Industrial Park
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

pada 22 Oct 2011 
jam  3pm-12am
 
Sedikit info mengenai OctTwtFest ye..

OctTwtFest adalah adalah meet-up/gathering bagi semua pengguna Twitter. Idea twtup satu adalah untuk bertemu dengan orang-orang baru dan bertemu kawan-kawan baru di seluruh Malaysia. OctTwtFest adalah kesinambungan Oct23rdTwtup yang telah diadakan pada 23 Okt 2010. Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada tweeps (pengguna Twitter), dan telah memutuskan untuk membuat ini sebagai acara tahunan bagi  media sosial.
Banyak acara akan dilangsungkan antaranya persembahan artis  Altimet , Hujan,One nation Emcees , Imran Ajmain dan ramai lagi, lucky draw (hadiah best² tau), indoor & outdoor bazaar , games , artis² tempatan juga ramai yang dah RSVP & yang paling utama Malaysia akan tercatat dalam Guiness Book of Record sebagai negara yang mengumpul Tweeps paling ramai.


Kalau ada masa terluang bolehlah datang , masuk PERCUMA!!


Aku akan berada di sana untuk sama ² memeriahkan OctTwtFest & tak lepaskan peluang berniaga kat sana.Aku buka booth untuk promosi Customize Bling² Casing by FnF Phone ( sape datang beli kat sana ada diskaun)dan mama aku buka booth ECPI. 
Untuk lebih chill aku jugak jual Caramel Popcorn!!Sedappp tau..standard popcorn kat TGV/GSC gitu.. 
kami akan berada di Outdoor Booth dekat ² booth cupcakes,nasi ayam,chicken wing dll.
Ok lah..sebenarnye tgh busy ni packing barang² nak bawak esok..


maklumat lanjut yang lebih detail tuk OctTwtFest sila klik --->http://octtwtfest.wordpress.com/


Jumpe esok , tegur² lah aku yehhh !

Thursday, October 13, 2011

Mana Mak ?


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Ps: Ingat, kita cuma ada 1 sahaja ibu dan ayah di dunia ini. Jangan sampai apabila mereka sudah tiada, barulah kita hendak menangis.

Suratan atau Kebetulan

Ni kisah benar Papa Edel ..
Tadi Papa Edel pergi renew lesen perniagaan SSM dgn merempit.Dah dekat sampai kat The Mall , time berenti kat traffic lite merah ,blur ² plak nak parking mana..nampak sorang mamat yang merempit gaks Papa Edel pun tegur ala2 takmau malu bertanya sesat jalan lah kan..

Papa Edel :  Bro , parking motor kat The Mall katne , kalau park atas divider kang kene saman..
Bro : Kebetulan aku pun nak g sana , jomlah follow motor aku..

Dah parking motor 

Papa Edel : Ko g The Mall nak buat pe ?
Bro : Renew lesen SSM tingkat 16..
Papa Edel : sama..
Bro : Lesen aku mati dah lama..kena kompoun ni...
Papa Edel : Bile matinye ?.
Bro : Bulan 6
Papa Edel : eh sama..

Sementara tunggu giliran Papa Edel yang duduk sebelah Bro tadi jeling² lesen mamat tu..

Papa Edel : Sama! No kedai/opis ko sama dgn aku..No . 6..
Bro : ehh banyak sangat persamaan ni ! Lupe nak kenalkan diri..nama aku FAIZAL (sambil hulurkan  tangan)
Papa Edel : (TERGEZUTTTTT & keluarkan ic tunjuk kat Faizal tu) Nama pun sama!

hahahahah..lepas tu diorang lepak minum sambil citer biz masing²..
semangat giler laki aku citer kat aku..tp mmg kebetulan sangat ..

1) tempat jumpa sama
2) tujuan sama
3) lesen tamat tempoh bulan yang sama
4) no premis perniagaan sama
5) nama sama

Wednesday, October 12, 2011

Istana Kayangan

Lama juga tak jenguk blog ni..almaklumlah busy pindah umah.. dah takyah penat ² berulang balik umah mama atau lepak kedai je.Jumpe juga rumah yang sesuai,dekat dengan kedai,selesa untuk family kecik ku..

Dan insan yang terpaling gembira ..siapa lagi kalau bukan Edel.. Ya Allah happy sangat dia..sampai menitik airmata ku melihat kegembiraan dia.. betul ² dia seronok ada "rumah sendiri"..kena plak view rumah mengadap swimming pool & playground dia..haaa pe lagi ..

Pagi ² papa dia keluar pun dia tak heran dah.. dia lagi suke duk rumah..Alhamdulillah..walaupun belum dapat memiliki rumah sendiri tapi aku tetap bersyukur ..

Masa 1st time mama & adik aku datang aritu , Edel menjerit ² seronok ..eksyen dengan umah dialah konon.. dia happy bila nenek dgn pak usu dia datang ..

Bila ² kawan² dia datang lagi lah sangat.. kemain dia..adalah geng main kat playground tu..huhuhu..tunggu sepupu dia je blm sampai lagi..

Nanti sambung lagi eh blog.. Pejai da jeling ²..dia suruh wat blog dia.. aku menceceh lak kat sini..wahahahah..sabo ye bang..jap lagi kite sambung wat..

k bye.

Wednesday, October 5, 2011

Siapa suami saya ye? 
Who's your Hubby? - Mr Mohd Faizal a.k.a Pejai

i) He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
-semua yang Lien sedang tonton dia ikut je..tapi kalau dia yang pilih channel..discovery chanel lah paling dia layan..

ii) You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad?
- Thousands Island & Mayonis kot

iii) What's one food he doesn't like?
-Tahu

iv) You go out to eat and have a drink. what does he order?
- Teh tarik ais

v) Where did he go to high school?
- SMK Sri Serdang.
vi) What size shoes does he wear?
- 7-9 (lebih kurang je kaki Lien)

vii) If he was to collect anything, what would it be?
- Money

viii) What is his favorite type of sandwich?
- Ape pun boleh.. tak cerewet ..

ix) What would this person eat every day if he could?
- Tempe ( kata pejai, dulu time demam dia akan minta arwah mak dia masakkan tempe je..dan Lien yang tak makan tempe ni pun dah terpandai makan tempe okeh..)

x) What is his favorite cereal?
- Semua yang ada kat dapur..Edel punya sume dia makan sama..patutlah cepat abis..)

xi) What would he never wear?
-Baju kurung hahaha..baju pompuan la..

xii) What is his favorite sports team?
- Takde kot..bertuahnya saya..suami bukan kaki bola..yeay!

xiii) Who did he vote for?
-Hmmmm tak pernah tanya.. dia sama macam saya tak berapa pot bab politik kot.

xiv) Who is his best friend?
-banyak kategori kot..yang dia pernah bgtau Herry , yang saya selalu tgk Apong.. & Nakhothe Club dia..dorang kawan dari kecik..duk setaman macam sekampung lah..

xv) What is something you do that he wishes you wouldn't do?
- marah² kot.huhuhu..tapi dia sgt penyabar..

xvi) What is his heritage?
- nananananana ganu kite

xvii) What is his favorite color?
- Hijau..eh macam semua kaler je...ade musim lah..

xviii) What is his habit?
-Goyang kaki .. cukup sakit mata aku menengoknye.. (org cina kate kalau goyang kaki duit keluar , kira x elok lah gitu..)

xix) What is he proud of? -- tukar kepada-- i proud of him because..
- sikap penyabar & sangat pandai melayan Edel ..kalau keluar g mall & Edel yak..dialah yang g toilet basuhkan montot Edel ..TQ abang!Muahhh..eh² jgn silap pemikiran lak..bukan saya bangga dia cuci montot Edel ye..maksud saya , dia sudi & sanggup bekerjasama dalam segala segi sewaktu membesarkan anak..haaa gituuulah maksudnya..

xx) Lastly, do you think he will read this?
-kalau i suruh dia bacalah kot..

Terima kasih abang kerana menerima kite seadanya..semoga kebahagiaan kita kekal hingga ke syurga ..Terima kasih yang tak terhingga juga sebab abang selalu berdoa dalam hati "yaAllah ampunkan isteriku"setiap kali kite tertinggi suara kat abg..sangat tersentuh bila abg bgtau kat kite pasal tu ..
baik sunnguh hati abang..
setiap masa kita cuba ye jadi isteri terbaik tuk abang..InsyaAllah..
Sayang abang sangat !
Muaaahhhh~